Saturday, June 27, 2009

michael jackson














click=========MYPLAY





Michael Jackson

Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009[2]), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.

Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,[3] mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung,[4] mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,[5] dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu.[6] Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.[7]

Biografi

Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.[8] Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.[9] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[10] dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[11] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia,[12] menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.

masuk islam

Pada 21 November 2008, akhbar tabloid Barat menerbitkan rencana mengenai Jackson yang memeluk Islam di Los Angeles iaitu di rumah Steve Porcaro bersama-sama dengan bintang muzik British, Cat Stevens (kini Yusuf Islam), serta menukar namanya kepada 'Mikaeel'; walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi oleh Jackson sendiri yang mengesahkannya.[13][14][15][16][17][18][19] Beberapa sumber lain pula berpendapat beliau sudah pun memeluk Islam lebih awal pada tahun 2007 apabila abangnya Jermaine mengatakan beliau akan memeluk Islam.

Kematian

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.[22] Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.[23] Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.[24]Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.[23] Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.[25] Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.[26]

7 comments:

  1. emmm...tak minat die..tapi tekejut gak dia meninggal tibe2...

    ReplyDelete
  2. MJ..lpas dia pergi byk plak radio mainkan lgu dia

    ReplyDelete
  3. faรงa parte http://marcopaulomathias.blogspot.com/2009/06/bem-vindo-ao-blog-marco-paulo-mathias.html

    ReplyDelete
  4. agak cedey gak die da meninggal..he's a legend yg xde ganti..

    ReplyDelete
  5. aku terkezut gak la die meninggalkan.die kn bari 50.. abis konsert die bln 7 ni ape jd??

    ReplyDelete
  6. ajal dah datang nak buat macam mana....

    ReplyDelete

/>

/>free counters http://kotaklirik.blogsome.com/category/melly-goeslaw/